Terima kasih kerana melayari Picfoto Klik Altamis saya. Didalam benak fikiran saya, mendapat banyak perkara untuk melakar dan mencoretkan sesebuah gambar
yang di snap dalam mengaplikasikan penafsiran dan penghayatan dari setiap
perkara yang diciptakan oleh Sang Pencipta.
-------------------------------------------------------------------------------------
Saya bukan seorang jurugambar profesional, tetapi sentiasa
suka untuk mengambil gambar-gambar di sepanjang hidup saya.
Sebagai seorang yang masih berjinak-jinak dalam bidang
photographer ini membolehkan saya untuk snap gambar-gambar di tempat-tempat
lain di dunia dan mengupload gambar di Laman Picfoto Klik Altamis .
Saya suka tema banyak fotografi dari alam semula jadi ,
makanan, bangunan, pemandangan , kemanusiaan dan sebagainya . Setiap tempat dan negara
mempunyai objek yang tersendiri untuk mencipta gambar-gambar tersebut lebih menarik.
-------------------------------------------------------------------------------------
Hampir semua gambar saya adalah terbuka untuk semua orang.
Bagi saya blogspot adalah medium photosite untuk diperkembangkan dan perkongsian gambar dalam bentuk pengaplikasian itu, kerana belajar di antara satu
sama lain dapat mempertingkatkan lagi kemahiran dalam bidang ini.
-------------------------------------------------------------------------------------
Saya gembira mendapati banyak photographer berbakat yang telah
memberi inspirasi kepada saya untuk lebih mempelajari lagi dalam bidang ini.
Jika anda mahu menambah saya sebagai kenalan, saya mengharapkan anda untuk
memberikan pendapat anda pada gambar saya. Bidang seperti
ini lebih kepada hobi untuk saya :) ....Masih dalam pembelajaran, dan banyak perlu belajar sebenarnya tentang dunia fotografi !!!! Jadi sila nasihat saya dalam
apa-apa cara yang terbaikkk ...ツ
.jpg)

No comments:
Post a Comment