Eko pelancongan adalah satu bentuk pelancongan jangka panjang
yang mampan dan membawa faedah kepada rakyat tempatan dan negara. Ia merangkumi
perjalanan sambil menikmati alam semula jadi di samping memupuk rasa
tanggungjawab dan kesedaran terhadap alam sekitar.
Hutan Lipur Gunung Belumut merupakan antara tempat pelancongan
yang menarik untuk dikunjungi. Ia terletak 32 km dari Bandar Kluang melalui
jalan Kluang-Mersing. Untuk sampai ke hutan lipur ini, pengunjung boleh
menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Kluang melalui FELDA Ulu
Dengar.
Hutan Lipur Gunung Belumut mempunyai persekitaran yang indah
dengan pokok-pokok yang menghijau dan suasana semula jadi yang tenang, segar
serta nyaman pasti menggamit hati setiap pengunjung ke sini. Air terjun dan
jeram-jeram terdapat di sepanjang sungai yang mengalir di kawasan ini.
Aktiviti-aktiviti seperti berenang, berkelah dan berkhemah amat sesuai
dijalankan di Hutan Lipur Gunung Belumut.


No comments:
Post a Comment