Salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia ialah nasi lemak.
Sebenarnya nasi lemak adalah makanan Melayu . Tapi pada masa kini semua kaum
seperti India ,Cina dan lain-lain menyukai nasi lemak .
Bahan –bahan yang diperlukan untuk memasak nasi lemak ialah santan
kelapa ,cili kering ,ikan bilis ,telur, timun serta bawang merah dan bawang
putih.
Nasi lemak mempunyai kadar kolestrol yang tinggi. oleh itu
makanan ini tidak boleh diambil kerap kali kerana boleh membawa penyakit
kritikal kepada seseorang .
Jika seseorang yang menggunakan tenaga yang banyak boleh
disyorkan mengambil nasi lemak kerap kali kerana ia boleh membekalkan tenaga
yang secukupnya. Makanan nasi lemak ini adalah harganya murah dan senang
didapati dimana- mana sahaja . Walaupun bagaimanapun makanan ini mempunyai
kebaikan dan keburukan maka kita perlu mengawasi cara pemakanan kita .


Jemputlah makan nasi lemak 2.0 ini...sungguhhh sedap
ReplyDeleteNak satu nasi lemak 2.0.....heheh.terliur tgk.
ReplyDeletebru dlm gambar, blum lg yg real....
Pasti terliurrr......